Posts

Showing posts from January, 2018

Coretan Gadis Bujang

Seorang sahabat bertanya, kenapa rasa sedih bila diri masih bujang. Walhal, dugaan orang berkahwin itu juga banyak, tidak semestinya sentiasa bahagia. Saya cuba selidik apakah perasaan itu adalah sedih. Atau ia bukan sedih, cuma sejenis kesepian. Sepi bukan kerana tiada kawan, kerana kawan itu ramai. Mahu buat aktiviti apa-apa, roger sahaja, pasti ada yang menyahut. Sepi itu, timbul apabila kita mulai tiada persamaan dengan orang sekeliling. Apabila orang bicara tentang anak ... , kita hilang bicara. Apabila orang bicara tentang suami, kita senyap kelu. Apabila orang bicara tentang balik raya rumah mentua, kita tersipu. Di kenduri kahwin, di upacara gathering, di jamuan jabatan, di media sosial, kita jadi tidak tahu bagaimana hendak berbual dan berbicara dengan orang sebelah. Manusia adalah makhluk sosial. Terjalin atas satu dasar manusiawi dan akan lebih harmoni dengan adanya persamaan. Lama kelamaan persamaan saya dengan orang sekeliling semakin kabur. Yang muda dari