Kaunseling oleh Pegawai Dietetik/Dietitian

Salam Readers!

FH terima banyak pertanyaan daripada adik-adik sekolah menengah yang terlibat dalam minggu kerjaya. Ataupun orang perseorangan yang bertanya:

Sebenarnya apa yang Dietitian ni buat?

Ouchhh soalan tu kalau di interpretasi kan secara negatif, seolah-olah kerja kami ni dipertikaikan pula. Tapi FH faham maksud soalannya. Mereka hendak tahu, apakah kerja dan fungsi seorang Dietitian.
Gambar Hiasan dari Google
Sebenarnya, khalayak yang tidak pernah dirujuk kepada dietitian memang tak akan tahu apa kerja kami di klinik dan hospital. Bukan nak kata perkhidmatan kami ini eksklusif, tetapi, kami ialah pihak yang merawat dengan menjalankan terapi diet. Oleh itu, hanya pesakit yang telah di-diagnos sahaja akan bertemu kami setelah dirujuk oleh doktor.

Tapi kerana masyarakat semakin celik akan kewujudan Dietitian, FH rasa, dah tiba masanya untuk FH mendedahkan, apa kah skop kerja kami. Jadi untuk tujuan entri ini, FH akan jelaskan secara ringkas, jika anda sebagai pesakit kami, apa akan berlaku.

Semoga adik-adik yang kena buat simulasi di sekolah, boleh jadikan entri ini sebagai rujukan ya.

Lokasi : Klinik Dietetik (Rawatan Pesakit Luar)


ASSESSMENT
Pegawai Dietetik akan melakukan penilaian terhadap beberapa aspek. Sesi ini akan berbentuk soal jawab dan juga beberapa alatan.

Client History:  Personal history, medical/health/family history, treatments and complementary/alternative medicine use, and social history
Soalan seperti, pekerjaan, waktu kerja akan ditanya dalam aspek ini. Penggunaan ubat dan suplemen alternatif akan dikenalpasti dan kita amat berharap agar pesakit jujur ketika menjawab soalan. Jika ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, itu akan melambangkan latar belakang keluarga dan budaya pemakanan dalam keluarga yang mungkin menyumbang kepada penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.


Anthropometric Measurement: Height, weight, body mass index (BMI), growth pattern indices/percentile ranks, and weight history
Selain daripada mengenalpasti status BMI pesakit, sesetengah klinik akan menggunakan penimbang yang boleh mengukur komposisi lemak, dan air dalam badan. 



Biochemical Data: Lab data (e.g., electrolytes, glucose) and tests (e.g., gastric emptying time, resting metabolic rate)
Pesakit yang telah menjalani ujian darah, perlu membawa keputusan ujian tersebut supaya dietitian akan menerangkan apakah maksud keputusan itu dan apa kaitan dengan pemakanan pesakit. Bukan sekadar mana yang tinggi dan mana yang rendah sahaja, tetapi dietitian akan cuba buat pesakit faham bahawa terdapat risiko terhadap ujian darah tersebut dan apa tindakan yang sepatutnya di ambil dari sudut pemakanan.


Nutrition Focused Physical FindingPhysical appearance, muscle and fat wasting, swallow function, appetite, and affect
Ini berkaitan penampilan fizikal pesakit dan juga sign and symptoms. Contohnya; muntah, loya, hilang selera makan dan cirit-birit. 



DIAGNOSIS
Setelah menjalankan penilaian dari aspek yang menyeluruh, baru lah Dietitian boleh membuat satu rumusan yang dizahirkan menerusi NUTRITION DIAGNOSIS (ND). Ini satu dimensi baru dalam bidang dietetik di Malaysia. Menerusi Nutrition Diagnosis, dietitian boleh mengenalpasti (identify) dan mengutamakan (prioritize) masalah pesakit dan seterusnya merancang apakah rawatan dan tindakan yang sesuai. ND ini juga, berfungsi sebagai medium komunikasi supaya health professionals yang lain mengetahui apakah masalah pesakit.

Perkataan untuk menulis ND mempunyai kod tertentu yang meliputi keseluruhan permasalahan yang di alami oleh pesakit kami seluruh dunia. Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) telah menetapkan bahawa Pegawai Dietetik di Malaysia hendaklah menggunakan kod yang tersenarai sahaja untuk menyeragamkan penggunaan ND. 

Komponen ND ialah:
P = Problem
E = Etiology
S = Sign & Symptom

Ayat penyambung dalam ND ialah:
related to
as evidence by

ND hendaklah ditulis dengan lengkap seperti cara di berikut: Problem related to Etiology as evidence by Sign & Symptom


Contoh ND: 
Excessive energy intake related to failure to adjust for lifestyle changes as evidence by reports or observations of intake of high caloric density or large portions of foods/beverages

Tapi, kami tak nyatakan ini dan bacakan ini depan pesakit, ya. Hahaha.



INTERVENTION

Ini adalah bahagian di mana kami merancang dan melakukan intervensi kepada pesakit. Bahagian kami menjelaskan, apakah yang perlu dilakukan oleh pesakit untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. 
Bahagian ini terbahagi kepada 4 jenis. Boleh dilakukan kesemua sekali, ataupun satu sahaja dalam satu masa atau digabungkan 2 atau 3. 
  • Food and Nutrient Delivery
  • Nutrition Education
  • Nutrition Counseling
  • Coordination of Nutrition Care
Ada beza antara education dan counseling. Kadangkala kami akan masukkan elemen kaunseling dalam membantu pesakit mengubah cara hidup mereka. Tetapi, jika kami hanya memberi maklumat dan preskripsi kepada mereka, itu hanya pendidikan sahaja. 

Di sini lah kami membuat perskripsi untuk keperluan seharian pesakit:
Energy ( Jumlah tenaga seharian)
Carbohydrate (Porsi karbohidrat)
Protein ( Porsi protein)
Fat (Porsi atau jenis lemak)

Ha... Kalau doktor memberi preskripsi berbentuk ubat, tapi preskripsi kami berbentuk nutrient.


Healthy Plate Model. #sukusukuseparuh #quarterquarterhalf
Jangan lah risau, kerana, kami akan menjelaskan seringkas mungkin supaya nanti pesakit mudah untuk ikut saranan kami. Yang penting, ada take home message dan kami juga akan memberi pamplet dan saranan menu mengikut porsi yang telah dicadangkan.


Sekarang, cuma terpulang kepada pesakit. Mahu ikut atau tidak terapi yang disarankan. 

Selain daripada saranan pemakanan, kami juga akan memberi galakan gaya hidup yang aktif. 


MONITORING & EVALUATION 
Pegawai Dietetik akan membuat temujanji susulan untuk membuat pemantauan ke atas prestasi pesakit dalam mematuhi preskripsi yang telah diberi.

Ingat ya, dalam aspek pemakanan dan cara hidup, komitmen daripada kedua-dua pihak adalah sama penting. Sebenarnya, usaha kami ini hanyalah menyumbang sekitar 1% sahaja dan selebihnya 99% adalah bergantung kepada daya usaha pesakit untuk menyedari bahawa amalan pemakanan sekarang sebenarnya berisiko memudaratkan diri sendiri. 

Jadi adik-adik,

Bidang Dietetik ini bukan lah mudah ya. Melibatkan banyak aspek klinikal dan medical yang perlu difahami dengan sangat mendalam sebelum kita mampu membuat terapi diet yang betul kepada pesakit kita.

Ingat, terapi yang salah boleh saja membahayakan nyawa pesakit. 


Sebarang pertanyaan lebih lanjut, jangan segan untuk tanya FH. Tapi kalau soalan itu ada dalam mana-mana entri dan telah dijelaskan dengan terperinci, FH akan jawab: 

Sila baca dahulu. Tak faham baru tanya. =)

Wallahua'lam.


p/s: Jika anda hendak mendapatkan kaunseling diet daripada FH, boleh tengok ruang di atas untuk cara hubungi FH. =)

Comments

  1. Salam FH, Saya nak tanye.. saya ada satu program talkshow saya.. khas untuk public.. our talkshow is free talk show so, kami ada cerita mengenai dark coklat.. kami mencari mana-mana nutrition yang boleh bantu kami mengenai dark chocolate.. kalau FH blh hubungi saya Amy di talian 0173032230 atau whats app saya untuk info lebih lanjut.. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Amy, bagus tu talk show mengenai dark chocolate. Anything Amy whatsapp je saya. Ada nombor nya di link di atas ye. =)

      Delete
  2. Assalamualaikum FH..

    saya nak tanya, masa degree dulu saya ambil kos minor kaunseling dan berhasrat untuk sambung ma dalam bidang dietetik. Nak minta pandangan daripada FH adakah sesuai untuk saya sambung dalam bidang dietetik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Bidang kaunseling memang berkait rapat dengan bidang kaunseling. Jika dapat digabungkan kedua-dua kepakaran sangat lah bagus. Syifaa boleh jumpa dengan post graduate office untuk soalan lebih lanjut.

      Delete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy