Kebergantungan terhadap telefon bimbit

Salam readers!

Selepas tiga hari tanpa telefon, FH dah beli dah telefon semalam. Seperti sebelum ini, FH kekal menggunakan jenama Sony. FH memang setia betul dengan Sony sejak 2006 lagi. Jadi tahun ni tahun ke 10 menggunakan telefon Sony. Dahsyat kan.

1) Sony Ericsson W700 Walkman Phone (2006-2010)
http://i1-news.softpedia-static.com/images/news2/The-W700-Walkman-Phone-from-Sony-Ericsson-2.jpg
Ini phone Sony yg pertama beli. Ingat lagi masa tu beli di Mines Shopping Centre lepas dapat duit JPA. Lama betul guna dia ni daripada first year sampai la sampai la FH habis belajar. 

2) Sony Ericsson Aino (2010-2013)

http://cdn2.gsmarena.com/vv/pics/sonyericsson/se-aino-01.jpg 

Yang ni pula FH beli menerusi Forum lowyat.net. Ada seorang mamat tu dia jualkan untuk colleague dia yang baru guna phone ni 3 bulan. Jadi FH pun set perjumpaan di KL Sentral untuk tengok keadaan phone. Bila FH puas hati, terus bayar kt dia. Aino ni dia intermediate semasa pertukaran daripada telefon biasa ke smartphone. OS dia bukan compatible dengan apps termasuklah whatsapp. Tapi Facebook ada.

3) Sony Xperia ZR (2013-2016)

http://api.sonymobile.com/files/xperia-zr-hero-black-1240x840-a832e244782cf9c4449f9a9c9f29c70c.jpg 
FH beli di Plaza Low Yat di kedai Sony Centre. Ini smartphone pertama FH. Water Resistant and Dust Resistant. Memang seronok phone guna telefon ni dan tak terfikir nak beli baru dalam masa terdekat ni sehinggalah hari Selasa lepas bila dia bermandikan Ice Caramel Latte. 

Cuma drawback dia bila cover charging dia selalu rosak dan FH kena ganti baru sehinggalah last sekali Sony Centre dekat Plaza Berjaya dah takde stok cover tu dah. Sebab tu la dia jadi mudah dimasuki air. 

4) Sony Xperia Z5 Compact (2016)

https://i.guim.co.uk/img/media/8cda8dfe85a743b70f66ad583893ea80eac48dcc/0_0_2100_1260/master/2100.jpg?w=620&q=55&auto=format&usm=12&fit=max&s=070d6cc438c7c0505d7967b67e4cf301
My new companion!

Saiz dia sama je dengan ZR tapi dengan kebaikan yang sama macam Z5. Disebabkan FH punya jari kecik (dan gemuk), FH memang tak suka telefon yang saiz besar. Sebab tu FH pilih model ini. Menariknya Sony dah improve tempat charging dan earphone tu dan dah tak perlukan cover dah sebab dia sekarang water proof. Cuma kena make sure kering sebelum kita charge telefon.

Phone ni FH beli lepas nampak ada orang iklan dekat Mudah.my. Jadi FH turun ke Butterworth untuk tengok keadaan telefon dan beli lepas puas hati dengan keadaan dia. Nasib baik la owner lama ni baru je guna dua minggu dan bagi diskaun lagi RM50 sebab memikirkan yang FH drive dari Alor Setar untuk jumpa dia di Butterworth. Total penjimatan daripada harga asal di Sony Centre ialah sebanyak RM550.

Kawan-kawan FH tahu yang FH so into Sony. I guess I am setia. LOL.

Dalam dua tiga hari ni FH sedar sesuatu yang mana semua ini menjuruskan kepada sifat manusia yang sangat bergantung kepada telefon. Berlaku beberapa situasi yang kelakar.

Situasi Pertama

FH tanya dekat orang yang repair telefon menerusi FB lepas tu dia jawab; 

"Apa-apa hal whatsapp saya"

Kelakar kan? Macam mana nak whatsapp kalau phone rosak?

Situasi Kedua

FH tengok iklan dekat Mudah.my untuk cari orang yang nak jual telefon second hand, tapi iklan tu tulis

"Seller prefer whatsapp"

Macam mana nak whatsapp kalau telefon rosak? 

Situasi Ketiga

FH nak buat online banking. Tapi tergendala sebab bank tak boleh nak hantar nombor TAC ke telefon.

Situasi Keempat

FH terlambat bangun sebab tiada alarm untuk kejut bangun tidur. 

Situasi Kelima

FH tak tahu pukul berapa masuk waktu solat sebab selama ini hanya tengok Apps Waktu Solat Malaysia di telefon

Situasi Keenam

FH ketinggalan cerita dan perbualan di whatsapp. Bila install whatsapp je semalam, 400++ mesej masuk.

Situasi Ketujuh

FH tak tahu jalan nak pergi appointment di Mergong sebab tak ada Google Maps. Jadi FH kena guna cara lama. Study dan hafal dulu maps guna pc di office sebelum mulakan perjalanan. Nasib baik lah FH ni reti baca peta.

Situasi Kelapan

FH susah nak buat kira-kira masa di wad. Pekerjaan sebagai Dietitian ni memerlukan pengiraan ringkas seperti untuk kira keperluan tenaga, protein, dan BMI pesakit. Jadi ralat juga lah FH bila tiada calculator.

Dan banyak lagi perkara yang kita rasa kekurangan bila tiada telefon. Kalau sebelum ni tak kisah tak telefon Ummi dalam seminggu sebab setiap hari tahu perkembangan menerusi Whatsapp Group, dalam tiga hari ni semasa takde telefon, 2 kali FH telefon Ummi untuk tanya khabar. Bagus juga bila tiada telefon ni. 

Ini buat FH sedar betapa telefon sekarang bukan sahaja menjadi alat telekomunikasi, tapi jadi keperluan dan banyak urusan dipermudahkan dengan kewujudan telefon. Tapi jangan sampai kita abaikan insan disekeliling kita. Yang dalam telefon tu, untuk orang yang jauh di mata. Tapi yang di depan mata, kena lah dekat di hati juga dan utamakan mereka sentiasa.

Wallahua'lam. 

Selamat berhujung minggu!

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines