Elhana dan Zakuan, Bab 4



Bab 4
            Setahun berlalu pantas. Elhana berjaya menyelesaikan pelajaran dan kini dia menanti hari konvokesyen. Sementara itu dia ligat mengedarkan resume ke syarikat pilihan untuk mencari pekerjaan. Lagipun majlis konvokesyen hanya akan berlangsung 6 bulan lagi. Sedikit pun dia tidak biarkan perihal peribadi mengganggu plan pengajiannya. Dia berjaya menyimpan kemas bab Zakuan di dalam lipatan kenangan dan tidak berniat untuk membukanya lagi sama sekali. 

            Salah sebuah syarikat yang dipohon menerusi jobstreet memanggilnya untuk temuduga.
            “Tell us what is your strength and weakness?”
            Wajah penemuduga dipandang tepat bagi menzahirkan keyakinan. Antara tips temuduga yang berjaya ialah selindungkan rasa gemuruh dengan pamerkan senyuman yang cukup cukup sahaja. Kalau terlebih senyuman, nanti kelihatan palsu pula.
            “My strength is, I can differentiate work and personal matters. I can be friend and still be fierce in reaching team goals at the same time. I won’t let personal issues distract me from my job.”
            Terbit senyuman kecil di hujung bibir penemuduga. Ini menambahkan keyakinan Elhana untuk meneruskan bicara.
            “And my weakness, as what I heard from my project team in university, is I am too work oriented and at times, becoming a perfectionist”
            Tiada lagi soalan daripada panel temuduga. Elhana tidak pasti jika itu adalah petanda baik ataupun tidak.
            “We will contact you in near future”

            Panggilan dari Sarah menghapuskan lamunan Elhana. Pasti Sarah ada berita baik. Atau mungkin juga tidak. Mana-mana berita pun Sarah akan tetap hubungi Elhana juga. Dia menyambut panggilan Sarah.
            “El! Aku dapat kerja tu!” Sudah dapat diteka itulah berita yang disampaikan Sarah. Elhana bergembira dengan urusan sahabatnya yang dipermudahkan Tuhan.
            “Alhamdulillah.” Ringkas sahaja jawapan Elhana. “Kau macam mana? Company hari tu ada call kau tak?” soal Sarah.
            “Belum. Agaknya tak dapat kot.” Elhana hampir berputus asa.
            “Jangan macam tu. Nanti, ada lah tu” pujuk Sarah. Dia menyambung cerita tentang bagaimana dia menerima berita tentang pekerjaannya. Mereka berjanji untuk keluar bersama-sama dan membeli pakaian baru sekiranya Elhana juga mendapat kerja.
            Masin kata-kata Sarah. Selang beberapa hari dia menerima email daripada syarikat tempohari.
            “We want to hire you! Congratulations!”
            Terus Elhana berlari ke ruang tamu untuk memberitahu Ibu. Ibu mengentikan aktiviti mengait alas meja dan memeluk anaknya.
            “Tahniah sayang.” Ucap Ibu.
            “Nanti Ayah balik kita pergi makan Satay okey..” Tradisi kebiasaan keluarga mereka bila meraikan sesuatu. Keraian ini juga tidak terlepas daripada sambutan itu. 

            Dunia kerja rupa-rupanya tidak seperti yang disangkakan. Walaupun Elhana cukup terlatih semasa belajar, ia bukanlah jaminan yang dia akan melakukan perkara yang sama. Dalam kerja, lebih kepada aplikasi kepada sesuatu teori berbanding melaksanakan teori itu sendiri. Selepas beberapa minggu, Elhana menyedari perkara ini.
            Suasana di tempat kerja ini amat kondusif bagi seorang pelajar yang baru bergraduat seperti dirinya. Pekerja senior tidak lokek berkongsi ilmu dalam selok belok pengurusan pemasaran. Pekerjaan nya kini sedikit lari dari bidang asalnya iaitu sains kesihatan tapi suasana itu menggalakkan dia untuk belajar lebih lagi.
            Perlahan-lahan dia boleh melihat dirinya berkerja lama dalam bidang ini. Dengan syarat dia mempunyai rakan sekerja yang sentiasa positif dan saling membantu. 

            “El, kau single lagi tak?” 

            Teman gosipnya datang menghampiri di pantri pada suatu pagi. Hampir terkeluar nasi lemak yang sedap disuapnya bila mendengar soalan itu. “Ruby, kau rasa aku single tak?” dia sengaja bermain teke-teki dengan wanita itu.
            Ruby memandangnya atas bawah. “Aku tak pernah tengok kau baca mesej lepas tu senyum sorang-sorang. So, aku rasa kau single”
            Tawa Elhana berderai. Adakah itu penanda aras untuk mengenalpasti seseorang yang tiada pasangan? Bukan kah semasa bekerja kita memang tak digalakkan bermain telefon? Elhana sememangya seorang yang fokus dan tidak melihat sangat telefonnya kecuali bila perlu. Jadi mengikut kamus hidup Ruby, dia bujang la sekarang?
            “Walaupun aku single, tak semestinya aku available.” Dia menguji Ruby lagi. Sinar keyakinan Ruby masih belum pudar. Wanita genit itu membetulkan bajunya yang tertarik ke atas.
            “Lunch ni, kau ikut aku. Aku kenalkan dengan orang.” Ajak Ruby.
            Terkejut Elhana. Perkara terakhir dalam fikirannya sekarang ialah mencari pasangan. Cukup-cukup lah dengan drama tahun lepas.
            “Taknak lah. Aku banyak kerja.”
            “Habis kau tak nak makan?”
            Pandai Ruby memerangkapnya. Ruby kenal benar dengan perangainya yang tidak akan bertangguh dalam perihal makan. Walaupun baru tiga minggu kerja, mereka cepat sahaja rapat macam kakak dan adik.
            “Aku nak makan. Tapi aku taknak cari jodoh. Bukan sekarang.” Elhana menyudahkan suapan terakhir. Dia bingkas bangun dan membasuh sudu di sinki. “Dah la aku banyak kerja” Laju dia meninggalkan Ruby yang terpinga-pinga.
            “Eh tapi lelaki ni baik. Nama dia…” Elhana sudah tidak kelihatan lagi dari pandangan Ruby. Tapi dia tidak berputus asa. Jarinya laju menaip sesuatu di telefon.

            “Hai Elhana”

            Hampir tersembur air yang baru disedut Elhana. Entah dari mana lelaki itu muncul dan mengambil tempat duduk di hadapannya. Bayang Ruby pula tidak kelihatan selepas memberitahu hendak ke kedai sebelah sekejap.
            Kelihatan lain benar kali ini dengan bersut hitam tanpa tali leher. Terserlah gaya segak yang sejak dari dulu diperakui Elhana. Raut wajah juga kelihatan tenang tanpa sebarang riak angkuh dan garang. Mengapa Ilhami tak nampak macam Ilhami?
            Dia tersenyum memandang Elhana yang jelas kehairanan. Nampak tampan sekali bila dia senyum sebegitu. Elhana mulai rasa aneh kerana Ruby tidak kelihatan di mana-mana. Adakah Ruby berpakat dengan Ilhami? Adakah ini satu lagi helah Ilhami bertujuan mengenakannya?

            “Kenapa? Tak percaya?”

            Elhana tergelak. “Bukan tak percaya tapi susah nak percaya. Betulkah ini Ilhami yang saya kenali selama ini? Kenapa berpakai kot bagai?”
            “Well I get my life straightened. Lepas grad hari tu I melawan my dad sebab I never want to be a lawyer. Turns out my dad always right, my business doomed. I lost everything and now.. I am a lawyer as what he always want”
            Kagum Elhana melihat Ilhami kini. Walaupun baru beberapa minit berhadapan dia dapat merasakan dengan kuat bahawa Ilhami telah berubah. Aura negatif yang selama ini berlingkar di sekeliling tubuhnya bertukar kepada aura menawan dan maskulin.
            “I am sorry to meet you like this. Tapi I can’t help myself bila nampak gambar El di facebook Ruby hari tu. Jadi I minta dia aturkan dating kita hari ni”
            Dating?
            Itu satu ungkapan yang berani daripada Ilhami. Dia memang selalunya berani dan berterus terang. Satu sifat yang tidak lekang sejak dulu. Nampaknya masih ada secebis lagi Ilhami yang dahulu dalam diri Ilhami yang sekarang.

            Elhana ternyata selesa dengan Ilhami. Selepas beberapa tahun siapa sangka dia mampu untuk duduk semeja tanpa sekelumit perasaan takut pun dengan lelaki itu. Sebarang prasangka dibuangnya jauh-jauh dan dia percaya manusia mampu berubah ke arah yang lebih baik. Buktinya, Ilhami yang berada dihadapannya pada hari itu. Versi baru tetapi masih lagi pencinta kucing. 

            “You boleh tahan dengan bau kucing?” soal Ilhami pada satu hari semasa mereka berada di kedai haiwan peliharaan.
            “Bolehlah. Asalkan tak kuat sangat bau dia. Sebab I ni sensitif dengan bau. Perfume yang you guna pun I boleh kenal” selamba sahaja jawapan Elhana. Ilhami tersengih mendengar jawapan Elhana.
            “Jadi kalau rumah tu ada kucing, you ok la?” tanya Ilhami lagi. Tangannya memegang sebotol vitamin untuk kucing.
            “Kenapa you tanya? You nak bagi kucing dekat I ke? Janganlah. I tak pasti I mampu make sure kucing tu tak mati.” Seloroh Elhana.
            “Takde apa-apa” Ayat itu mematikan perbualan itu di situ. Selepas membuat pembayaran, mereka keluar dari kedai itu dan menuju ke kedai makan pula.

            Hari yang ditunggu telah tiba bagi seluruh pelajar yang telah berusaha bagi menggenggam sekeping ijazah. Elhana dan Sarah juga tidak ketinggalan memakai pakaian terbaik dan hadir bersama keluarga masing-masing. 

            “Kita berjaya, Sarah” jerit Elhana sejurus mereka keluar dari dewan besar. 

            “Ye! Dummy sijil ni jadi buktinya. Haha!” 

            Tawa mereka berderaian. Sijil berlakon pun bolehlah asalkan boleh buat jadi props untuk bergambar. Mana pula ahli keluarga mereka ni? Suasana luar dewan yang dipenuhi orang ramai menyukarkan mereka mencari kedudukan ahli keluarga mereka.
            Dalam pada kekalutan itu Elhana ternampak susuk tubuh yang sedang memegang sejambak bunga yang juga mempunyai ‘teddy bear’ kecil. 

            “Saya tak tahu awak akan datang.” Elhana menerima huluran bunga mawar merah itu. Entah berapa kuntum bunga dalam jambangan itu dan entah berapa pula harganya.
            Ilhami mengambil topi graduan yang terlekat di kepala Elhana dan memakainya di kepala sendiri.
            “Mestilah saya nak datang ke konvokesyen buah hati saya” jawabnya kemudian mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar mereka berdua.
            “Oh.. jadi saya sekarang ni buah hati awak?” soal Elhana meminta kepastian.
            Lelaki tinggi itu mengangguk. Memandang Elhana dengan hujung matanya. Sedikit risau jawapan itu ditolak mentah-mentah oleh Elhana. Dia tahu semua kisah Elhana dengan Zakuan. Bukan mudah untuk Elhana melupakan Zakuan dan memulakan kisah baru bersama dirinya. Tambahan pula dia pernah melayan Elhana dengan teruk dahulu. 

            “Baiklah kalau begitu” 

            Jawapan Elhana itu menyenangkan hati Ilhami. Mereka terus bergambar sambil menanti ahli keluarga Elhana. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mesra mereka berdua dari kejauhan.

            “Siapa lelaki hari tu?” Laju sahaja soalan itu diajukan Sarah sebaik sahaja Elhana menjawab telefon.

            “Yang mana satu?” Soal Elhana kembali. Dia tidak pasti Sarah merujuk kepada siapa. Tapi mungkin Sarah ternampak dia dengan Ilhami kerana Sarah tidak pernah bertemu dengan Ilhami semasa mereka belajar.
            “Aku nampak hari tu masa konvo. Ada lelaki datang bagi kau bunga. Bukan Zakuan. Zakuan cerah, handsome. Yang ni tall, dark, and macho.”
            Elhana tergelak. Boleh pula Sarah buat analisa perbandingan fizikal antara Zakuan dan Ilhami.
            “Oh.. Yang tu Ilhami”
            “Ilhami??”
            Terbelalak mata Sarah mendengar. Elhana dapat merasakannya menerusi nada suara Sarah di hujung talian. “Abusive, controller, bad boy tu?”
            “Ya… Ilhami yang itu.” Jawab Elhana lagi.
            “Ok, tell me everything I missed.” Arah Sarah. Dia tidak berpuas hati bila ketinggalan sesuatu cerita. Elhana berhutang dengannya satu lagi kisah percintaan.
            “Well, love is strange. Aku bahagia dengan Ilhami sekarang. Pelik kan?” dia memulakan cerita.
            Sarah meneguk kopinya. Cerita menerusi telefon hari itu telah tertangguh beberapa minggu dan kini dia menagih Elhana bercerita sambil mereka menikmati kopi dan pastri enak di Levain Patisserie.
            “Macam mana kau pasti dia takkan kembali kepada diri lama dia?” Sarah pesimis lelaki mampu berubah.
            Kalau dahulu Elhana punya keyakinan setebal tembok cina, kini dia tidak lagi begitu dalam soal perhubungan. Tindakan melulu Zakuan merubah segala persepsi dia terhadap lelaki.
            “Aku tak pasti Sarah. Aku hanya mampu berdoa dialah yang terbaik buat aku” Berbeza sungguh nada Elhana sekarang. Lebih bertawakkal dalam soal jodoh dan takdir.
            Sarah faham situasi Elhana dan dia tidak mahu membebel lebih lagi. Dia juga hanya mahu yang terbaik buat sahabatnya itu. Sudah cukup lah bersedih dan semoga hadir sinar kebahagiaan untuk menyerikan hidupnya semula.
           
            
p/s:
Hanya ada satu lagi bab iaitu Bab 5. Bila ada masa, FH akan sambung tulis bab akhir. Adakah Elhana akan bersama dengan Ilhami ataupun Zakuan? 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines