Benarkah suami tanggung dosa isteri selepas berkahwin?


Assalamualaikum wbt.

Wahai readers, saya terasa terpanggil menulis ini selepas banyak hujah dari kaum Adam yang mengatakan mereka perlu menanggung dosa si isteri selepas berkahwin jadi isteri tiada hak untuk meminta itu ini. Jadi saya cuba buat kompilasi yang ditemui dalam internet mengenai perkara ini. Nanti ada masa akan update lagi jika ada bahan terbaru.

Saya bukanlah orang alim tapi saya cuba membuat kesimpulan daripada beberapa hujah yang saya temui. Tak banyak sebenarnya laman web Islam yang mengupas tentang isu ini. Mungkin menganggap ini remeh tapi inilah hujah paling kerap digunakan lelaki Melayu bila berbicara soal perkahwinan. 

Ini ialah soal patriarki dalam dunia Melayu yang sekian lama menganggap lelaki adalah selalunya lebih dominan daripada wanita. Wanita dianggap suatu komoditi yang beralih tangan bila sebaik sahaja akad nikah berlangsung. Alhamdulillah... Saya terjumpa beberapa artikel yang agak menarik yang menggunakan nas dan dalil.

Artikel Pertama: Ustaz Noramin
Boleh rujuk link sebenar di sini ya.

Cebisan daripada catatan beliau antaranya menyatakan bahawa;
Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. 

Firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

 1. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaian kerana tidak mendidik isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.
2. Apabila seseorang itu Baligh, semua dosanya terletak di atas bahunya sendiri. Jadi tiada isu penanggungan dosa di sini sekiranya ketua keluarga tu dah berusaha.
Penulis menyandarkan hujah berdasarkan surah Al-Anam ayat 164 iaitu

164.
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُ 
Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan".

Di sini jelas menyatakan seseorang tidak akan memikul dosa orang lain.

Artikel Kedua: Islamway.net
Baca artikel penuh di sini ya. 

The wife should not disobey her husband even if she has a good religious justification such as dutifulness to her parents. Actually, He is the one who will bear the burden of sin if he prevents her from being dutiful to her parents.
Suami yang tanggung dosa kalau tak benarkan isteri menjalankan tanggungjawab kepada ibubapa si isteri.

Kenyataan ini menjelaskan hadith sahih iaitu,
‘Abdullah ibn ‘Umar, may Allah be pleased with them, that the Messenger of Allah, prayers and peace of Allah be upon him, said: “There are two individuals whose prayer does not rise above their heads; a slave running away from his masters – until he returns to them, and a woman who disobeys her husband – until she returns (to obedience).” [Reported by Al-Albani, Authentic].

Artikel Ketiga: Islam Helpline

Baca artikel penuh di sini ya:  http://islamhelpline.net/answer/237

The wife is a guardian of his honor, and his property in his absence. If the wife does not dress appropriately, and insists on wearing revealing clothes, it is the duty and responsibility of the husband to talk to her, and admonish her to fear Allah. Even then, if she does not listen, then there is no sin on the husband; the wife will bear the sin. But if he does not admonish her and she continues to wear in-appropriate clothing, then he will share the sin.

Sekali lagi, penegasan bahawa suami hanya berdosa jika tidak pernah menegur si isteri yang melanggar perintah Allah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.

Sahih Al-Bukhari Hadith 3.592 Narrated by Abdullah bin Umar
I heard Allah's Apostle (saws) saying, "Everyone of you is a guardian, and responsible for what is in his custody. The ruler is a guardian of his subjects and responsible for them; a husband is a guardian of his family and is responsible for it; a lady is a guardian of her husband's house and is responsible for it, and a servant is a guardian of his master's property and is responsible for it."

Kesimpulan:  

Wanita bukan lah komoditi yang diperdagangkan antara seorang ayah dan suami. Jauh sekali menjadi aset yang mempunyai susut nilai. Soal 'tanggung dosa' ini jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang bersifat individual dalam perihal dosa. 

"Jika kamu kafir (ketahuilah) maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran hamba-hamba-Nya. Jika kamu bersyukur, Dia meridhai kesyukuranmu itu. Seseorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain. kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sungguh, Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu.

Baca penjelasan lanjut mengenai ayat ini di sini: http://www.tafsir.web.id/2013/04/tafsir-zumar-ayat-1-8.html
Suami tidak menanggung dosa isteri kecuali dia membiarkan isterinya dalam kesesatan. Bila dia pernah menegur, dan isteri masih berdegil dan tidak mengikut nasihatnya, suami itu sudah berlepas diri dari dosa itu.
It's a simple Math!

Penutup. 
Perkara ini sangat serius. Lelaki selalu beri alasan bahawa mereka perlu tanggung dosa isteri. Apakah dalam fikiran kaum lelaki? Adakah mereka menganggap wanita akan selalu menjadi pendosa dalam sesebuah perkahwinan?

Adakah bila lelaki tidak mampu memberi nafkah, isteri yang mempersoalkan itu dianggap berdosa kerana si isteri hendaklah sentiasa bersabar dan bersikap memahami? Bukankah tidak memberi nafkah dan menunaikan tanggungjawab itu juga berdosa kerana telah mengabaikan hak seorang isteri?

Cukup cukuplah menuduh wanita ni pembawa malang dan selalu mengundang ke arah rogol bila berpakaian tertentu. Bukankah lelaki itu pelindung wanita? Jadi ubah lah stigma anda dan berhenti jadi seksis.
FH memang seorang feminis. Enough said.

Gambar sumber dari Google.

Wallahua'lam. 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines