Resolusi 2016

Salam Readers!

OMG sekarang dah bulan dua belas! FH rasa tahun ni lah antara tahun yang paling pantas berlalu dek kesibukan yang semakin menjengah dalam kehidupan FH ni. FH tak dapat bayangkan kalau FH ni seorang pemimpin atau businesswoman ke, mesti lagi busy kan?

Bila sebut je tahun hadapan, perkara pertama terlintas dalam fikiran FH ialah, usia yang meningkat. Sadly but true. Tahun depan FH umur 29 tahun. Seriously?

Masa FH kecil dulu, selalu bayangkan orang umur 29 tahun ni seorang yang dah settle dalam kehidupan dan matang. Well, maybe proses kematangan seseorang itu bergantung juga kepada pengalaman hidup dia.

Kalau hari ini, FH duduk di sebelah seorang perempuan yang lahir sama tahun dengan FH tapi dah ada dua orang anak, mesti FH rasa macam sangat kerdil dan tidak terbanding dengan dia sebab dia dah lalui pengalaman hebat sebagai seorang isteri dan ibu.

Bila sebut pasal tahun baru juga, apakah resolusi FH?

Well, firstly FH nak umumkan yang now officially selepas dapat surat rasmi, FH akan pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tahun hadapan.

Yes.

Kedah.

I love it so much!

Pada tahun 2009, FH pernah berada di hospital yang sama selama 2 bulan untuk praktikal food service. I only remembered good memories from there. So FH is so positive and hopeful on this coming 2016. Semoga yang baik-baik sahaja akan berlaku tahun hadapan. Insya Allah.

Oleh kerana penghujung tahun ni, macam biasalah akan diadakan Twins of Faith 2015. Kali ini Mercy Mission bergabung tenaga dengan K-Fiqh untuk membawakan Konvensyen Ilmu Amal 2015 kepada audiens berbahasa melayu. Kali ni FH rasa program ni betul2 namanya Twins of Faith. Literally. Sebab dwi Bahasa dan ini adalah cubaan yang baik daripada Mercy Mission untuk memenuhi keperluan audiens di Malaysia.

Jadi apa tunggu lagi? Readers patut pergi Twins of Faith ataupun Konvensyen Ilmu Amal ni. Ia telah mengubah hidup FH, jadi kenapa bukan anda?

Mungkin disinilah anda akan temui Resolusi 2016 anda. :)

poster
poster
Dapatkan tiket dengan lawati website Twins of Faith :: http://twinsoffaith.com/malaysia/ atau call/WhatsApp FH 012-3950995.



Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines