10 perkara yang melanggar budaya orang Korea

Salam Readers!

Bagaimanakah perancangan weekend anda? Kali ini FH nak share sesuatu yang bertemakan Korea.

Artikel ini asalnya diterbitkan dalam Surat Khabar Tabloid "Al-Korea" yang mana Hassan menjadi Editornya. Ingat lagi tak Hassan yang ada dalam entri FH hari tu?  (Boleh rujuk sini) .  Artikel itu asalnya berbahasa Inggeris jadi FH ambil intipatinya dan terjemah ke dalam Bahasa Malaysia.

10 perkara yang melanggar budaya orang Korea


#1 Duduk di tempat duduk orang tua (reserved seats) dalam Subway.


Haaa... ini memang NO NO NO. Bercakap pasal benda ni, sebenarnya FH pernah kena marah dengan satu Ahjussi ni masa tu sebab FH duduk dekat tempat yang telah dikhaskan untuk orang tua dan orang kurang upaya. FH mana lah tahu kan, dah penat sangat masa tu. Berjalan dan berdiri lama. Sekalinya kena halau. (^__^)"

#2 Terima barang dengan satu tangan.


Kalau beli barang ke, atau ambil barang dengan sesiapa sahaja, kena sambut dengan kedua-dua tangan. Barulah terserlah kesopanan dan tidak kelihatan biadap kepada pemberi. Menerima dengan kedua-dua tangan itu juga adalah petanda kita menghormati. Bukankah 'tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?'

#3 Memakai kasut di dalam rumah.

FH di Seoul hari tu, sewa dekat satu Guest House ni. Memang asalnya rumah milik tuan rumah la. Barulah rasa serpihan kehidupan orang Korea sikit bila tinggal di 'rumah tamu'. Memang di dalam rumah tu kena buka kasut. Kehidupan orang Korea ni berlegar di kawasan lantai. Meja makan pun rendah je sebab makan duduk atas lantai sampai boleh tidur atas tu. Jadi, adalah tidak sopan ya jika kita pakai kasut dalam rumah orang.

#4 Tulis nama dengan pen merah

Ingatkan orang Cina je tak suka. Rupanya orang Korea pun tak setuju. Benda ni FH pun tak amalkan sebab dah terpengaruh dengan orang Cina. Penulisan nama dengan tulisan merah bagi mereka bermakna dua perkara je. a) Mereka akan mati cepat atau b) Kita nak dia mati cepat. Jadi jangan lah buat orang Korea sakit jantung ye dengan tulis nama dengan guna pen dakwat merah.

#5 Pacak kan chopstick dalam nasi


Ini memang juga satu pantang bagi mereka. Kan dekat kuil mereka akan cacak kan kayu colok dekat pasir kan masa berdoa untuk nenek moyang? Jadi kalau kita buat macam tu dekat meja makan, nanti mereka rasa macam kita ni anggap mereka orang mati pula dan sedang berdoa untuk mereka. Jangan lah cari pasal dan menimbulkan rasa kurang senang.

#6 Tuang air untuk diri sendiri sahaja

Bila kita makan beramai-ramai, tuanglah air untuk Kawan-Kawan sekali. Tindakan menuang air untuk diri sendiri sahaja menggambarkan sikap kita yang selfish. Utamakan tuang air untuk yang paling tua sekali dekat meja makan tu, kemudian baru yang muda. Sebelum tuang air untuk diri sendiri, tanya orang sekeliling samada mereka perlukan air juga. Ini adalah satu cara yang paling mudah untuk ambil hati orang Korea dan mereka akan cepat je rasa kagum dengan anda. Untung-untung, lain kali mereka ajak keluar makan sama-sama lagi.

#7 Bercakap dengan kuat dalam Subway

Walau macam mana seronok pun kita bercerita dengan member, bila dalam Subway tu, diam diam sudah. Kita pun tahu orang Korea memang menggunakan Subway dalam kehidupan mereka terutama untuk pergi dan balik dari kerja. Tidak mustahil kalau dah bengang sangat tu,dah lah penat, mereka akan sound anda suruh diam. Ada juga kes yang lagi ekstrem, kena marah sebab cakap kuat dalam restoran. Itu juga satu perkara yang tidak elok bagi mereka. Tapi takdelah sampai kena cakap berbisik. Cuma berhati-hati jangan sampai ganggu orang sebelah.

#8 Bagi Tips

Mungkin kita cuba buat baik dengan waiter ataupun owner restoring tu jadi kita sengaja bayar lebih dan bagi tips pada mereka. Walaupun demikian, jangan lah buat begitu. Kadangkala bagi mereka itu adalah satu penghinaan. Aneh kan? Segala cukai servis yang diberikan dah termasuk dalam harga makanan ataupun bil teksi. Jadi tak perlu susah-susah nak beri tips lagi pada mereka. Bikin gaduh saja. Tapi kalau nak bagi pun, terutama kepada driver teksi, jangan beri lebih dari 1000 won dan bagitau mereka untuk 'keep the change'.

#9 Datang rumah orang dengan tangan kosong

Kalau misal kata ada berkawan dengan orang Korea dan berpeluang melawat dia di rumah, pastikan datang bawa buah tangan. Sebenarnya orang Korea amatlah mementingkan privasi jadi jika mereka jemput anda datang ke rumah, itu adalah satu penghormatan yang sangat besar. Buah tangan yang anda bawa tu boleh jadi bermakna a) Ucapan terima kasih atas jemputan ini ataupun b) Maaf kerana mengganggu ruang peribadi anda. Bawa sahaja apa-apa hadiah asalkan bukan sesuatu yang pelik.

#10 Tunjuk tapak kaki atau kasut



Berkerut juga dahi FH nak faham. Rupanya orang Korea ni pantang betul kalau orang duduk bersilang kaki sampai orang lain boleh nampak tapak kasut dia. Ini petanda anda tidak menghormati orang lain. Jadi sila duduk dengan sopan ataupun kalau nak bersilang sangat pastikan orang tak boleh nampak tapak kasut anda.

Ada banyak lagi tips yang diberikan dalam artikel ini. Tapi FH kongsikan 10 dahulu ye. Ada masa FH tulis lagi.

Happy Weekend!!!

Wallahuam

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines