Kuching, antara bandar kegemaran FH di Malaysia

Salam Readers!

Amboi, dua tiga hari ni rajin ye FH update blog. Memandangkan kebanyakan kerja dah siap sebab FH cuba siapkan sebelum dateline dan Therapeutic Diet Lab yang cancel minggu ni, jadi FH agak relaks sikit.

Kali ni FH nak cerita tentang Kuching pula. Ibukota Sarawak Bumi Kenyalang. Cerita dia camni, pada tahun 2013 FH pernah bekerja dekat sana sekejap selama 2 bulan. Sejak itu, FH suka sangat dengan tempat tu. Rasa tenang je. Tapi tak pastilah juga kalau FH mampu bermastautin di sana satu hari nanti.



Sejarah FH dengan negeri Sarawak ni agak lama juga. Bermula dengan FH ke bandar Miri untuk menjalani latihan PLKN selama 3 bulan pada 2004, kemudian datang pula ke Kuching pada tahun 2013, 2014 dan tahun 2015. Mungkin sesetengah orang anggap biasa tapi bagi FH yang tidak selalu datang ke sana, ada sesuatu yang istimewa mengenai bandar ini.

Kenapa FH suka Kuching? Meh FH senaraikan ye.

#1 Mee Kolok
#2 Mee Kolok

Hahahahaha. Betul. itu adalah top 2 sebab FH sukakan Kuching. Mee Kolok is everywhere! FH suka sangat lah dengan konsep Mee Kolok ni. Mee tu ala-ala mee segera (Please noted yang FH dah bertahun tak makan Mee Maggi dan yang seumpama dengannya) lepas tu makan dengan sup. Taburkan sedikit ayam, daging, ataupun udang. Rasa dia... Perghhhh! Hanya yang suka makan je suka.


#3 Three Layer Tea Special



Ini satu lagi sebabnya. Hehe. Special sebab lapisan gula yang nampak gelap di bawah itu ialah Gula Apong yang dicairkan. Gula Apong ni konsep dia ialah Gula Nira Nipah yang penghasilan dia telah memberi dimensi lain kepada rasa dia. Ada rasa smokey sikit. Sebab tu lah rasa dia sangat exotic. Pergi je mana-mana kedai dekat Kuching, mesti ada air ni. Sila lah order dan rasa sendiri ye!

#4 Pekan Serikin

Tempat ni syurga membeli-belah. Barang-barangnya sebenarnya datang dari Indonesia, jadi harga dia agak mahal sedikit berbanding Bandung. Kena datang sini hari minggu sebab mengikut fahaman FH, hari biasa dia tak dibuka.


Ummi FH seronok dapat shopping (2013)
Look at that dress on the mannequin. (2013)


Fizah dan Sonia. Both are my juniors in university. Pergi Serikin wajib pakai topi dan bawa payung tau. (2013)


Itinerary wajib FH bila pergi Serikin ialah, gerak awal ke sana seawal 6.30 pagi sebab kat sana kan matahari terbit lagi awal. Alas lah perut dulu dengan apa-apa breakfast. Bila dah sampai awal, kita dapat shopping dalam keadaan cuaca yang redup. Harus diingati yang Serikin terletak hampir dengan garisan Khatulistiwa. Dalam gambar tu nampak dia seperti lorong yang panjang kan. Jadi kita akan berjalan sampai la hujung lorong. Biasanya bila kita patah balik ke arah kereta, bila matahari dah tinggi dan terik, kita akan silau. Sebab tu juga sila standby sunglasses macam Ummi FH tu. Hehe.


Terik dah matahari masa ni (2015)

Pastikan siap shopping sebelum pukul 12 tengah hari. Lepas tu singgah masuk ke dalam pekan Bau untuk ke Tasik Biru dan menikmati makan tengah hari di foodcourt yang terletak berhampiran round about kecil di situ. Jangan was was sebab di situ kedai orang Melayu. Lauk pun sedap dan boleh rasa masakan Sarawak seperti Umai, Ayam Pansuh dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi lauk wajib FH dekat sana sebenarnya Udang Galah. Hehehehe.


FH bersama anak-anak ikan yang terkeluar dari Tasik Biru setelah diumpan. Hahaha (2015)
#5 Top Spot, Roof Top UTC Kuching

Rasanya semua tahu yang FH paling suka makan seafood. Di Kuching inilah adanya tempat bernama Top Spot yang dipenuhi dengan deretan gerai Seafood yang maha dahsyat. Terpaku FH tengok kepelbagaian seafood segar yang boleh menjadi santapan pilihan.



#6 Nilai tradisi dan kebudayaan di Sarawak

Dari tadi FH asyik senaraikan nilai komersil sahaja yang ada di sana. Disamping itu, Sarawak juga kaya dengan kebudayaan yang tak terdapat di negara lain mahupun planet lain. Untuk memastikan pengunjung berpeluang mengenali masyarakat dengan lebih lanjut, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menempatkan semua masyarakat di Sarawak dalam satu kampung di Sarawak Cultural Village.


Cubaan serius untuk menumpi padi huma di Kampung Kebudayaan Sarawak.


Ini bukan di Cultural Village. Tapi di Kampung Senah Rayang (2015)
Bunga Rafflesia di Kampung Senah Rayang. Feeling awesome (2015)
Wanita di Rumah Panjang, Kampung Senah Rayang (2015)
Persembahan di Sarawak Cultural Village (2015)
Itu sahaja setakat ni yang FH dapat senaraikan. Nanti bila ingat FH tambah lagi ye. BTW, inilah sebab terbaru kenapa FH datang ke Kuching.


Kuching Marathon!!
FH, Hidayanti, Hakim dan Hakeem

Adakah tahun depan FH akan berlari lagi di Kuching??? Kita tengoklah keadaan ye.. 

Weekend is coming! Yeayyy!!!

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines