Kod Michelangelo by Nazehran Jose Ahmad

Yeah.. Mari kita memanipulasi Fakta dan Sejarah


Muka surat: 624 halaman (Tidak termasuk lampiran)
Fakta selalu jadi perkara yang tidak dapat di sangkal. Sejarah pula boleh jadi fakta dan boleh jadi sesuatu yang di reka. Sejarah patutnya bukan di ambil secara berat sebelah (Seperti Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Malaysia). Jatuh bangun sebuah empayar, sisi negatif, sisi gemilang, semuanya harus di paparkan secara adil dan jujur supaya setiap bangsa dapat mengenali dengan lebih erat hero-hero sejarah dan pengertian di sebaliknya.

Jujurnya, saya gemar konsep begini. Ambil satu peristiwa, reka sebuah kisah, dan biarkan imaginasi anda bermula. 

Dan dalam "Kod Michelangelo", banyak peristiwa sejarah penting yang di ambil, dan banyak juga kisah yang membawa kita ke dalam imaginasinya.

Sinopsis:

Sheikh Hamza, saudara baru yang sudah hampir 20 tahun memeluk Islam. Dari pemuzik jalanan kini terlibat dengan penulisan dan buku terbitannya "The God's Code: Secret of the Koran" laris bak pisang goreng panas di serata Eropah dan dunia. Beliau separuh abad, pakar matematik, pakar Al-Quran, dan pakar sejarah Renaissance. Di persimpangan jalan, beliau bertemu dengan Jessica Beil. Wartawan muda. Berpengetahuan tinggi dan selalu melanggar peraturan. Dan tidak sengaja terjebak dengan skandal pembunuhan penjaga Arkib Vatican. Mereka keluar dari London sebagai orang buruan Interpol dan menuju ke Vatican untuk membongkar rahsia dan juga mencari rahsia dua kunci yang menjadi simbol bendera Vatican. Setelah tiba, banyak lagi pembunuhan Kardinal berlaku dan mereka bertemu dengan ramai lagi individu-individu yang obses dengan Michelangelo dan laparkan 'harta' yang di sembunyi kan Michelangelo dalam mahakarya nya.

Sekarang Jessica Keith, seorang Kristian yang mulai goyah akidahnya bersama dengan Sheikh Hamza yang nekad membongkar segala-galanya berada di tengah-tengah pertarungang antara The Pure Ones, The New Ones, Pope dan Vatican, Interpol, dan juga seluruh dunia Kristian dan Islam.

Fuhh... 

Dengar macam rumit. Tapi sebagai latihan, mungkin anda boleh baca dahulu Da Vinci Code oleh Dan Brown untuk membiasakan diri dengan konsep konspirasi sebegini.

Saya tabik dengan keupayaan penulis dalam menghasilkan sebuah karya yang mencabar minda dan imaginasi pembaca. 

Oh ya.. Sebelum membaca, adalah lebih baik anda browse dulu di internet karya-karya Michelangelo dan peta Vatican dan Gereja-gereja di sekitar nya. 

Bagi anda yang gemarkan unsur-unsur Renaissance, novel ini amat pekat dengan karya-karya dan individu di dalamnya. Tidak dilupakan beberapa peristiwa penting dalam penciptaan agama Kristian seperti Council of Nicea pada 325 tahun selepas peristiwa penyaliban Jesus, tentang sebuah survey yang dilaksanakan kepada para Bishop di Eropah yang mengejutkan kerana hampir majoriti mempertikaikan status Jesus sebagai Tuhan, tentang kewujudan The Cathars, dan segala yang berkaitan sejarah, semuanya adalah fakta.

Seperti saya katakan di atas, seperti Dan Brown, penulis bijak bermain plot yang padat. Dengan pengalaman pembacaan yang sedikit ini, pertama kali saya membaca sebuah karya yang padat dengan aksi. Encik RAM, anda boleh mengalah dengan NJA. Kerana karya ini lebih banyak aksi dari mana-mana buku hasilan anda. 

Dan malangnya, seperti Dan Brown juga, di sebalik segala perancangan plot yang rancak dan pantas, ada beberapa bahagian yang mungkin pihak penerbitan terlepas pandang. Sebelum membeli, sempat saya  berbual sekejap dengan orang yang melakukan pruf editing. Sekarang ni kalau saya jumpa dia balik memang rasa nak suruh dia baca balik beberapa kesalahan yang jelas dan nyata. 

Usia Sheikh Hamza. Adakah sekitar 40 tahun atau 50 tahun?

Ketika peristiwa Gereja Kecil Sistine semasa Jacob Walmer mengenakan Gianna, tiba-tiba sahaja Jessica yang muncul. Saya yakin berlaku kesilapan di situ kerana ketika itu Jessica berada bersama Sheikh Hamza. Jadi tidak mungkin Jessica yang ada tapi Gianna. 

Penulis juga seperti melakukan spoiler kepada novelnya sendiri. Seperti ketika sebelum pengembaraan bermula, penulis terlebih dahulu memberitahu kepada pembaca bahawa SH dan JK akan menghadapi sebuah advencer yang tidak tersangka-sangka. Saya amat kesal kerana sepatutnya penulis tidak perlu memberitahu sesuatu yang sudah di jangka dengan melihat Tajuk dan Sinopsis ringkas nya di belakang, Jadi dari aspek penceritaan, penulis mungkin tidak perlu begitu menceritakan dan lebih baik menceritakan adegan adegan yang terjadi dan biarkan  pembaca memenuhi expectation mereka sendiri apabila membaca novel anda. 

Gabungan Jessica Keith (JK) dan Sheikh Hamza Yunus (SHY) adalah amat serasi. Di paparkan sebuah kontra yang jelas di sini apabila SHY perlu menjadi seorang Kristian, dan memeluk Islam dan mempelajari beberapa pengajian agama dan matematik sebelum mencapai tahap pengetahuannya yang sekarang pada usia hampir separuh abad. Namun Jessica, umur belum sampai 30 tahun, namun pengetahuan Sejarah nya yang luas menjangkaui ilmu SHY. Tenaga muda JK dan pemikiran tua SHY menjadikan pasangan ini cukup kompleks dan menarik.

Kisah ini sebuah kisah yang membawa anda ke luar negara. Anda bakal di bawa melawat London, Itali, Vatican, Jordan, dan Airport Heathrow. 

Maafkan saya kerana terlalu membandingkan karya penulis dengan Dan Brown.. Kerana itu adalah rujukan popular yang boleh di jadikan panduan oleh mana-mana bakal pembaca yang tidak biasa dengan karya Renaissance dan teori konspirasi.

Ini juga adalah kisah santapan minda bagi individu yang gemar mencabar minda ke tahap imaginasi maksimum, dan berlegar-legar dalam ruang pemikiran penulis dan ruang lingkup sejarah yang nyata.

Tahniah Nazehran Jose Ahmad!

"Sejarah?? Hurmm.. Aku suka sejarah.. "  - Syeikh Hamza Yunus Cairel.

Comments

  1. Terbaikkk ! Hahha ;)

    ReplyDelete
  2. Cik Yasmin pun baca Kod Michelangelo juga??

    Bagus!

    Apa pendapat awak??

    ReplyDelete
  3. Terbitan Pekan Ilmu memang susah nak cari apatah lagi di "Pekan Koboi".

    Rasa-rasa di MPH/Popular ada jual tak?

    ReplyDelete
  4. Saya dah check dekat MPH web, tak ada di MPH..

    Maybe boleh beli on9 di website pekanilmu.

    ReplyDelete
  5. Laman sesawang Pekan Ilmu seperti tidak wujud. Haih...

    ReplyDelete
  6. Cuba call?? Dapat tak?

    Kalau saya jumpa, saya beli kan yeh..

    ReplyDelete
  7. Akaun laman sesawang tu 'digantung'. Memang susah nak cari buku terbitan PI. Okey, t/kasih.

    ReplyDelete
  8. sudah dapat no telefon pejabat pekan ilmu...03-42801109..bercakap dengan cik suhaila...menurut beliau..buku pekan ilmu ada di MPH seluruh negara..cuma perlu buat pesanan kepada MPH atau pesanan terus kepada Pekan Ilmu...kerana MPH ambil stok buku Pekan Ilmu sedikit sahaja untuk diletakkan di shelf..recommend buku Rahsia Agenda Alam Hitam,Vamphra dan Gapura oleh Zehan Ur Rakhie oleh Pekan Ilmu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines