Adaptasi HACCP dalam amalan HALAL.

Salam.
Lately, saya terfikir sejenak. Adakah kita perlu menjadi choosy setiap kali makan?

Umi, memang pemilih. Setiap processed food cth nya tauhu, fishball, meatball, umi akan pastikan siapa pembuatnya. Muslim atau bukan. Bukan itu sahaja, di kedai makan, umi make sure tukang masak nya muslim.

Umat Islam sedari kecil sudah di didik dgn konsep Halal dan Haram. Alkohol, Sembelih, Daging Khinzir adalah isu yg biasa kita dengar bila dibangkitkan persoalan Halal dan Haram sesebuah premis atau syarikat pengeluar makanan.

Jadi, bila JAKIM mula mengeluarkan sijil Halal, ia jadi satu standard dan rujukan bagi umat Islam dlm memilih produk dan premis yang di yakini menepati kehendak Syariah.

Bila belajar di universiti, kami di dedahkan dgn satu lagi sijil yg di amalkan meluas bg menjaga mutu dan keselamatan makanan. Sijil HACCP berfungsi sbg jaminan sesebuah institusi kpd pengguna dan pelanggan berkenaan soal kebersihan dan memastikan produk bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit.

Bagi saya konsep Halal bukan sahaja dr segi sumber. Malahan pembuatan nya hendaklah bebas dari kekotoran. Pernahkah kalian terfikir adakah penjual makanan di pasar malam benar2 membasuh tgn mereka sblm membungkus makanan yg anda beli? Cuba bayangkan betapa banyaknya bakteria dlm makanan tersebut. Kalau buat ujian di makmal baru kita tahu betapa tercemarnya makanan yg masuk ke dlm perut kita.

Oleh itu, saya jadi lebih liberal. Berkenaan makanan, saya cuba pastikan sumber halal dan amalan penyediaan nya hampir menepati kehendak HACCP. Paling tidak pun, kalau ambil makanan tu, guna lah senduk dan bukan bare hand. Apa gunanya jika umat Islam menjerit dan membentak apabila terdapat premis yg tidak halal padahal setiap hari, makanan yg di makan tidak jelas unsur kebersihan dalam penghasilannya.

Para peniaga Muslim haruslah mengadaptasi amalan HACCP dalam menyediakan makanan Halal kpd para pelanggan. Adakah cukup sekadar make sure haiwan itu di sembelih, dan tidak bercampur alkohol sudah membuatkan makanan itu layak di makan pengguna?

Semoga umat Islam terhindar dari sebarang penyakit dan bebas dari unsur syubahah dalam makanan.

Insya Allah

Comments

  1. like this post~
    erm aku pon slalu kene berhati2 dalam memilih makanan nih~kekadang terpaksa gak liberal skit tp yang pasti tidak terlalu liberal sampai mkn yang terang2 dah haram lah kan~

    semoga kita selalu terlindung dari memakan menda2 yang haram nih sbb apa yang kita makan akan jadi darah daging kita, so bayangkan kalu dok mkn menda haram je ape jadi~huhu

    N lagi satu Alhamdulillah kat Malaysia nih industri makanan halal kita besar, tak perlu nk paranoid sgt~tak mcm kat US ke, or negara lain~

    ReplyDelete
  2. Fad,

    I like u balik! Huhu..

    Susah kan...?? Aku selalu perhatikan ke mana tangan pekedai makan masa dia tengah bungkus makanan..

    Seriously,, rasa fobia kalo x bersih walaupun rasanya dari sumber yg Halal..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines