Mikhail 496

Saya kira agak terlewat di sini untuk menyatakan: Yaa!! Saya memang baru saja habiskan novel Mikhail tadi malam.
Berdasarkan tarikh nya berada di pasaran.. saya kira saya telah terlewat hampir setahun..

Aahh.. pentarikhan penerbitan hanyalah satu deadline kepada penerbit utk menghantar  buku mereka kepada pencetak... dan juga pengedar utk memasarkan.. Buku yg baik seharusnya tidak pernah ada tarikh luput.. dan tidak berdosa besar jika terlewat membacanya 25 tahun sekalipun [sekadar memujuk hati sendiri]

Jadi apa ada dengan Mikhail:Bukan Sekadar Nama ini??

Saya jadi gian menyelak halaman demi halaman demi menagih setiap plot yg menyelongkar rahsia di sebalik cerita kisah ini.. RAM (Ramlee Awang Murshid) cuba mempesonakan pembaca dengan karakter hitam yg mempunyai latar belakang kelabu dengan memaparkan sisi putih sang pembunuh upahan.. Hasilnya, cinta mengalahkan minda pemburunya dan saya mendapati Mikhail bukanlah RAM's Product kegemaran saya jika ditanya oleh sesiapa. 

Saya terasa seperti dipujuk2 untuk menghabiskan bacaan dgn cepat kerana plot nya yg sedikit pantas (tapi bukankah plot RAM memang begitu?). Mungkin dilakukan begitu kerana dasarnya novel ini bukanlah sebuah novel melankolik tapi kisah thriller+islamik+kepolisan.. Kerana kecanduan saya kepada siri CSI.. saya merasakan elemen kepolisan yg menjadi sub-plot dalam novel ini sedikit mendatar dan juga patriotisme yg menebal dengan mengangkat kehebatan PDRM. 

RAM sekali lagi berjaya mendidik pembaca dgn ilmu2 baru dan kali ini beliau menambah ilmu FreeMason walaupun tidak ketara dari segi penceritaan dan nama subjek. Isu-isu antarabangsa dan keganasan diketengahkan lagi seperti ADAM.. cuma dalam ADAM, adegan tembak menembak di stesen PUTRA LRT bawah tanah adalah adegan dalam RAM's Product yang terbaik yg paling saya ingati kerana kekreatifan beliau menggunakan setting dan background venue. 

Mengapa watak lelaki??? Seperti yg pernah saya ajukan sendiri kepada RAM.. Jawabnya ringkas. "Kerana saya adalah lelaki dan saya lebih senang membayangkan jiwa lelaki"

Ya benarr.. Tapi cubalah sekali sekala menjadikan seorang wanita sebagai tunjang novel anda dan nanti kan hasilnya. Mungkin lebih menarik dan mencabar minda pembaca.  

Syabas RAM. atas buku yg sangat kreatif ini. RAM menjadi penulis fictional kegemaran saya kerana isu-isu dan subjek dalam novelnya tidak pernah menyebabkan saya merasa membazirkan masa dan sangat2 berbaloi. Terutama sekali Trilogi Sunan yg bagi saya... produk terbaik hasilan beliau.. (atau mungkin kerana saya memang peminat sejarah.. oleh itu saya paling menggemari Sunan)

Semoga sukses selalu RAM!!.. dari saya antara puluhan atau ratusan ribu peminat yg sentiasa mendambakan buah tangan terbaru daripada RAM..

Comments

  1. asslm..well karya RAM xpenah menghampakan..aku xreti aa nk ulas cm ko kak..yg penting jgn lupe kate2 die "awak mcm noriko"hehehe...
    sunan ttp dihati..awan andai dpt ku capai maka saktilah hamba..9nyawa aku jgn lupe eh..huhu

    ReplyDelete
  2. Mikhail - Saya bukan peminat cerita hitman maka agak bosan. Baru usai membaca sabtu lepas selepas setahun membeli.

    9 Nyawa agak mengecewakan. Ramai yang berkata begitu, mungkin tuan rumah boleh baca dan buat sedikit review.

    ReplyDelete

Post a Comment

Anything wandering in your mind? Feel free to write...

Popular posts from this blog

Panduan diet selepas pembedahan laparoscopy/laparotomy

Pengalaman Menjalani Pembedahan Laparoscopy

Pengalaman Excess Baggage dengan MAS Airlines