Who is Farahanani?

Sunday, March 19, 2017

Bermalam di Tanjung Piai Resort, Pontian

Salam Readers!

Bagaimana hujung minggu anda? Kali ini FH nak cerita tentang percutian FH di Pontian. Well, basically Tanjung Piai which is the Southern most part of mainland Asia.

http://3.bp.blogspot.com/_u2G4fEpO0O4/TQC4ZYerYUI/AAAAAAAAAss/dW4hCjFO0P4/s640/kukup-map.jpg 

Setelah kami tetapkan yang kami mahu ke Tanjung Piai, FH mula lah mencari penginapan yang sesuai untuk kami bertiga. Asalnya ber-empat tapi Kak Aishah tak dapat ikut pula sebab ada hal. Dalam Booking.com, ada la beberapa hotel dan motel di sekitar kawasan Pontian dengan harga yang menarik dan murah. Tapi FH macam tak berapa yakin je macam rasa sesuatu yang kurang je. Jadi bila FH terdengar daripada kawan FH yang lain, ada resort atas air di Tanjung Piai, FH apa lagi, cepat-cepat lah google. Cuma, agak kecewa sebab tak banyak gambar di Google dan juga di Facebook mereka. 

Konsep resortnya menarik. Dia sangat dekat dengan Tanjung Piai National Park, dan suasana tenang je. Lebih kurang 300m dari Tanjung Piai National Park.

Ketibaan kami pada 1.45 pm

Kami tiba awal sedikit pada hari Jumaat tu, dengan harapan boleh lah check in awal. Sekalinya staf yang bertugas untuk urusan receptionist tu pergi solat jumaat pula. Jadi pukul 2.15 pm baru kami dapat masuk bilik.
Bilik Kami. Standard Room. RM250 untuk satu malam bersama Breakfast

Ada 1 katil Queen dan 1 katil Single jadi ruangnya memang besar dan selesa.

Setelah lepak beberapa jam, lepas Asar kami pun keluar semula hendak ke Tanjung Piai National Park. Rupa-rupanya dia benarkan masuk paling lambat pada puku 4.30 je. Like seriously, terpaksa lah buat muka kesian jadi dia bagi masuk pada pukul 5.50pm tu dengan syarat jangan lengah-lengah berjalan.

Berjalan di celah paya bakau.

Sempatlah juga tangkap beberapa keping gambar. Kami tak pergi ke spot paling hujung yang ada glob tu, sebab kawan FH takut dengan monyet. Jadi kami ke platform satu lagi. Ada FH upload video kat instagram. 

Bila dah puas bergambar, mula lah lapar kan. Singgah ke pekan Kukup kejap cari berus gigi sebab resort tak sediakan berus gigi. Yang ada, sabun mandi je. Lepas tu kami ternampak satu kedai tepi jalan ni yang nampak menarik. Apa lagi, singgah lah untuk dinner. Perut masing-masing dah bising kan...
Di Jalan Besar Serkat, menuju ke Tanjung Piai kalau kita dari Kukup, dia di sebelah kanan

  
Cari #fhmakanapa di Instagram untuk lebih banyak gambar makanan
Makan punya lah banyak, bila balik ke resort, inilah pemandangan kami. Quite nice the view is. Agak relaks dan angin laut yang segar. Suprisingly bau laut dan bau masin dia tak berapa kuat.



Kami pun tidur dengan nyenyak nya pada malam itu. Esok hendak ke Simpang Renggam pula untuk kenduri kahwin. Tapi sebelum tu, masa breakfast agak menarik juga. Boleh pilih nak roti bakar, atau nasi goreng. Tapi FH pilih, nak roti bakar dan telur separuh masak. Pilihan airnya pula teh O ataupun Kopi O yang dua-dua rasanya sedap.
Morning walk di sekitar resort selepas breakfast
Secara keseluruhannya berpuas hati la dengan resort ni. Kami boleh tidur dengan nyenyak malam itu tanpa gangguan. Pagi tu air takde sekejap rupanya sebab pekerja lupa buka pam. FH tengok, ada juga disediakan banyak ruang untuk barbeque kalau anda datang dengan keluarga ataupun syarikat. Harga dia berbeza hujung minggu dan hari biasa. Kalau hari biasa, bilik FH tu harganya RM174 je.

Bilik air dia pun ok, tak kotor dan jubin masih baru. Sebenarnya, di kafe resort, ada pilihan kalau kita nak makan seafood. Tapi kami sengaja nak makan di tempat lain.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi di:

Telefon     : 07-696 0011
Platform di hujung resort.

Friday, March 3, 2017

Genap 3 Dekad

Salam Readers,

Sorry entri ini akan bercampur bahasanya sedikit. Kadang-kadang ada sesetengah perkataan itu, lebih selesa menuturkan nya dalam Bahasa Inggeris, jadi, FH akan guna kedua-dua bahasa.

Seperti biasa, setiap tahun FH akan menulis tentang Hari Ulangtahun FH pada tarikh nya iaitu hari ini, 3 Mac 2017. Paling istimewa kerana tahun ini genap 30 tahun usia FH dan dalam kata lain, genap 3 dekad sejak diri ini lahir di PPUM, Petaling Jaya.

Technically, I was born at 0106 hours, so I am enjoying the last hour of my 20's by writing this blog coz I feel that this blog contribute a lot to my development as a person I am today. By saying this blog, I mean you guys, the readers.

The readers who willingly reading my rants on my thoughts, my feelings and my activities. Maybe you found me through google or any platform, but I am so honoured to have the pleasure of 'killing your time' by reading my words.  The pleasure is purely mine.


Dalam usia menjengah, (masih denial state ya tulis menjengah padahal dah melangkah) ke 30 tahun ini, banyak yang FH pelajari tentang sikap dan perangai manusia. Lebih-lebih lagi diri FH sendiri. FH kini sedar yang sebenarnya kita mempunyai satu titik kawalan dalam diri kita untuk bertindak ke atas semua yang berlaku kepada kita.

Apabila kita berjaya menguasai titik kawalan itu, di situlah petanda kita sudah matang. FH akui, FH masih belum menguasai sepenuhnya titik kawalan itu. Walaupun sepatutnya dah mahir. Masih perlu latihan supaya lebih cekap.

This control point is non other than: Emotion.

FH juga sedari yang semakin usia menginjak ke 30-an ini, (noted yang masih guna menginjak). FH kumpul ramai sahabat baru yang genuine kerana kita akhirnya lebih mengenali diri kita dan dengan siapa yang kita mahu teruskan bersahabat.

Apabila prioriti berubah, sikap kita juga akan berbeza. Mungkin kita tidak sedar tapi orang sekeliling akan sedar. Kita sepatutnya tidak mengharapkan confirmation daripada sesiapa lagi. Kadangkala FH masih begitu, jadi ini salah satu perkara yang patut FH berlatih lagi. Bukan kah hidup ini satu proses pembelajaran?

Seterusnya, FH akhirnya dapat memahami konsep menjadi seorang yang pengemas. Yaaa I am a disorganized person. So, I set a few ground rules on becoming an organized person.
1. Assign things to its designated area or places.
2. Keep it back to its places after use.
3. Stick to the rules.

Empty and tidy area equals to empty and serene mind. Hopefully with these tricks I will manage to be more and more organized. Though I am notoriously known as a person who hate rules and always find a way to break it. LOL.

Kali ini, seperti biasa FH deactivate facebook. Yaaa sungguh dramatik walaupun di usia ini. Simply because I hate people wishing by typing two letters "HB". Like seriously, what kind of wish is that? Totally unacceptable!

Harapnya, banyak doa akan dimakbulkan pada tahun ini. Kalian doakan FH ya? FH doakan semoga kalian murah rezeki dan panjang umur. =)

Semoga kita sama-sama dapat berjumpa lagi pada 3 March 2018. Oh No.... masa tu dah umur 31 tahun ke? Tolong jangan ingatkan FH tau nanti...

FH
Truly yours

Tuesday, February 28, 2017

Mid Night Rantings on Jodoh (Basically my failure)

Salam readers,

It is getting closer to my birthday, lagi 4 hari ialah 3 Mac 2017. Bermakna genap usia FH 30 tahun. Dalam usia menjengah tiga dekad ni, nampaknya FH betul betul gagal dalam usaha mencari jodoh.

Bagaimana mencari jodoh?

Kadang-kadang kita hairan kenapa sesuatu itu sukar buat kita. Kita cuba tune otak kita dan mulai anggap ia bukan rezeki kita demi menyejukkan hati sendiri. Kita terlupa Allah bagi banyak benda dengan senang pada kita tapi satu perkara yang susah supaya kita sentiasa jadi dekat pada Nya. Dalam kes FH, ialah jodoh.

FH cuba memahami situasi yg dialami sekarang ni, membuat beberapa analisa kenapa FH tak jumpa jodoh lagi. Ramai pihak juga menuding jari kepada FH kembali dan cakap FH ni memilih. Ataupun, mereka laju je cakap sebab FH ni garang. Lelaki tidak suka perempuan garang.

FH jadi bingung juga sebab, I am a funny person actually. Ok ni perasan dan self proclaimed.

Ada juga yang suruh FH berusaha sebab mereka kata, benda ni kena ada usaha. FH bingung juga sebab kenapa ada orang senang je tiba tiba dah kahwin padahal asyik cakap tak ready nak kahwin la.. Apa la.. Tiba-tiba kahwin. Menyampah.

Lepas tu FH bukannya tak pernah berusaha. Like seriously, FH terima je kalau ada kawan kenalkan dengan kawan kawan mereka. Tapi tak berjaya. 3 website cari jodoh FH masuk. Like seriously, tiada juga lelaki yang mendekati FH menerusi laman web cari jodoh tersebut. Kemudian FH cuba juga, slot cari jodoh di islamic conference. Gagal juga. 

Rasa-rasanya self esteem seseorang akan menurun tak? Memang teruk perasaaan bila kita secara legit nya jatuh pada kategori UNWANTED atau erti kata lain, tiada orang mahukan kita.

Adik FH dah ada 2 orang anak, kawan-kawan dah settle down dengan pasangan ... dan FH? Di sini, sendirian dan kebingungan.

I wonder why is it too hard for me to even get one man to ask me for marriage?

Orang komen lagi FH, cakap yg man need connection with you, yang buat dia rasa you sesuai dengan dia. 

But why others, ada strangers tiba-tiba masuk meminang sebab berkenan dengan dia dan terus rasa nak kahwin dengan dia. Or matchmaking by family and then kahwin dengan mudah je.

But I struggle sampai kena buat analisa dan listing dan justify 10 reason kenapa nak berkahwin, kena bertaubat, solat hajat (sebab orang cakap, wish are not granted sebab doa tak bersungguh-sungguh) dan masih belum berjumpa jodoh.

Kemudian FH teringat seorang kakak senior masa sekolah Maahad Muhammadi dulu.

Masa Tingkatan 3, FH sekelas dengan ramai pelajar yang sebenarnya berusia 16 tahun. Maahad dulu ada sistem kelas peralihan yg akan membuatkan kita terlambat setahun belajar berbanding pelajar sekolah biasa. Jadi dalam kelas, di belakang meja FH, ada seorang kakak ni yang umur 16 tahun. Actually majoriti kelas tu semua umur 16 tahun, tak ramai pun umur 15 tahun. Which we will call budak umur 15 tahun dalam Form 3 sebagai Budak Ekspress (FH la tu salah seorang budak ekspress). FH termasuk dalam kelas tu sebab masa tingkatan 2, result exam agama dapat 2 A je jadi masa form 3 tercampak ke kelas 3-7 atau 3-8. FH tak ingat.

Kakak yang duduk belakang FH tu, sangat rajin belajar okay. Sangat tekun dalam kelas, tak pernah tidur, kerja dia menghafal je. FH ni pula kontra, kuat tidur masa cikgu mengajar, budak nakal, bila outing weekend kerjanya pergi cyber cafe je. Teruk betul. FH memang kagum dengan persediaan kakak tu menghadapi PMR. Yang FH ni, sampai Cikgu suruh bertaubat dan contohi seorang lagi kakak yg duduk sebelah FH, dah la pengawas lepas tu skema gila pula tu. Kak Fatimah namanya. Rasanya cikgu sengaja dengan strategiknya menempatkan kakak pengawas tu sebelah FH dengan harapan FH dapat berubah. 

Tapi hampeh. I dont change at all. But I witness how Kakak yang duduk belakang FH ni study. Buku dia sentiasa terbuka, dan kadang-kadang FH kacau dia masa dia tengah menghafal. FH memang kurang study. Banyak dengar lagu ada la.

Kemudian tahun pun berlalu pergi dan kami menghadapi peperiksaan PMR dengan jayanya. Bila keputusan keluar, hujung tahun tu, Maahad Muhammadi Perempuan dapat terbaik negeri sebab kelulusan 98%. Dah la ada 500++ calon okey tahun tu.

Alhamdulillah FH berjaya dapat 8A 1 B. Yang 1 B tu ialah Pendidikan Agama Islam sebab FH malas nak hafal fakta. Jadi, tak dapat jawab soalan dengan tepat. 

Nak tahu tak kakak tu dapat berapa? 5 A sahaja. Dan lain ada B dan C. 

Dekat Maahad kalau 5A tak boleh nak masuk kelas Sains masa Form 3 sebab ada ratusan orang dapat 9A, dan pelajar dari satu Kelantan juga akan berpusu-pusu nak masuk Kelas Sains di Maahad.

FH terkejut gila sebab FH tahu macam mana dia study sepanjang tahun. Like... I dont deserve what I get and my results should be hers. Tapi FH tengok wajah dia tenang je. Setenang air di lautan.

Sekarang ni, rasanya FH serba sedikit faham situasi akak tu. Bila usaha kita tidak mendapat hasil yang kita harapkan. I mean, memanglah Allah bagi FH rasa urusan Jodoh ni sukar sangat. Sampai rasa stress kadang-kadang. Tapi dalam tiga dekad ni banyak benda Allah bagi senang kat FH. I guess, ini semua untuk buat FH jadi merendah diri. 

Jadi bagaimana nak cari jodoh? 

FH takde jawapan nya. FH sendiri masih bingung dan mengharap keajaiban berlaku. I still believe in that. Walaupun ia terasa sangat asing dan macam tak akan jadi kat FH je benda-benda kahwin ni. 

Sementara masih ada sedikit kepercayaan FH terhadap janji Allah ni, FH akan teruskan berdoa. 

Tapi nak suruh masuk laman web cari jodoh tu semua, apa ke semua. Sorry. FH dah fed-up. So jangan cakap FH tak berusaha langsung okay. Sekarang ni, tinggal bertawakkal je.

Thanks for reading this. 

FH
Cuba mengerti.

Wednesday, February 22, 2017

Imbas sejenak: Resume 2010 VS Resume 2017

Salam Readers!

Baru-baru ini FH diminta menghantar resume kepada tempat FH berkhidmat sekarang (Hospital Sultan Ismail), jadi FH mengambil kesempatan ini untuk buat resume yang baru. Bila FH tengok semula, ya ampun rasa nak gelak pun ada dengan resume yang mula2 sekali FH sebarkan sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir pada tahun 2010 (Masa ni transkrip dah keluar tapi belum konvo).

RESUME 2010

Halaman 1

 

Halaman Dua

Halaman Tiga

Komen terhadap diri sendiri pada 2010, resume terlalu panjang, banyak perkataan dan skema. Nampak tak menarik dan tak membuatkan orang rasa nak baca. 

Sekarang cuba kita bandingkan dengan resume terbaru di bawah pula. FH dah buat secara minimalis menggunakan aplikasi Piktochart. Bagi FH memang sangat mudah dan terdapat ribuan ikon untuk diletakkan dalam resume kita bagi nampak lebih menarik dan eye-catch. Tapi FH masih mengekalkan hanya dua warna sahaja, hitam sebagai tulisan dan terdapat warna kuning. Jadi ia tidak nampak terlalu fancy.  

FH juga hanya masukkan info yang relevan sahaja yang lebih spesifik kepada kerjaya FH sekarang selaku Pegawai Dietetik dan Klinikal Instructor.



 RESUME 2017
Perbezaan terbesar antara dua resume ini ialah, gaya tudung FH. LOL.